Sunday, December 25, 2011

Al kisah bedak sejuk.




Bismillahirrahmanirrahim


Kata ustazah masa Islamic Study, seorang perempuan sepatutnya harus berhias di hadapan suami bukan berhias untuk menjadi tatapan ramai. Katanya lagi, ini tidak.. masa depan suami jugalah nak pakai bedak sejuk.

Lalu aku tambah dalam hati, nanti suami pon tertukar si isteri dengan hantu jembalang mana entah.. Hehehe..

Lalu, kami yang perempuan tersengih-sengih mengalahkan kerang busuk. Kalau macam tu bila boleh pakai bedak sejuk ustazah? Kalau tak kat rumah, takkan kat luar rumah masa nak pergi kerja kot..!!! Bisik kami yang nakal-nakal sambil gelak-gelak kat belakang.

Kemudian, masa kami keluar suatu hari tu terjumpalah dengan cik adik yang bernam bedak sejuk. RM 2 satu bekas sederhana.Bedak sejuk itu pun dibeli. Malamnya, wajah setiap orang putih melepak-lepaklah. 

Nak tahu kenapa kami pakai dalam rumah malam2 sementara masih bergelar jadi pelajar??


“Nanti dah kahwin tak leh pakai dah bedak sejuk ni. Nanti 24 jam kena berhias depan suami. Baru sejuk hati suami memandang. Jadi ini je lah masanya untuk pakai bedak sejuk.”


Anda setuju dengan kenyataan ini?? Jadi sementara tak kahwin lagi jom pakai bedak sejuk. Hahaha.. Jauh tak pemikiran kami ke masa depan?? =) cuma cerita santai-santai sahaja. Senyum, senyum, senyum.



KECANTIKAN SEORANG PEREMPUAN ITU HARUSLAH DIABADIKAN KEPADA SUAMINYA BUKAN UNTUK MENJADI TATAPAN KHALAYAK RAMAI. ITULAH SEBAIK-BAIK WANITA SOLEHAH.


Andai tersilap bicara, hulurkan kemaafan kepadaku seikhlas hati. Wassalam

0 DOAKAN SAYA JADI DOKTOR: