Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Jadi baik tu bukan sebelum exam atau sebelum dapat result. Tapi jadi baik itu biarlah selamanya. secara Konsinsten. Bukan amal sebelum exam atau sebelum dapat result je yang kita bawa jumpa Allah nanti. Semua amal ibadah kita selama hidup di dunia ini yang kita bawa. Kalau hidup 100 tahun, amal ibadah selama 100 tahun tu jugalah yang dibawa. Semua sekali tanpa ada tertinggal amal ibadah mana-mana bulan atau mana mana tahun.
"Awak, kita putus la."
"Kenapa???"
"SPM dah dekatlah. Nanti ilmu susah nak dapat."
Fenomena biasa yang selalu berlaku di sekolahku apabila musim peperiksaan penting akan muncul. Mungkin fenomena ini jarang dilihat di sekolah yang semua pelajar perempuan ataupun semua pelajar lelaki. Saya pon naik pening dengan situasi macam ini. Ya. Mungkin bagus tetapi bila habis je peperiksaan.
Dekat wall facebook, berapa ramai yang letak status in relationship with....
Berapa banyak couple yang putus couple balik.
Macam jadi satu trend. Nak exam kena putus couple. Lepas exam, couple balik atau cari pasangan. Kalau di sekolah dulu, masa tingkatan empat banyaklah 'ulat bulu yang naik daun'. Tak kira lagi dengan yang berdating hujung minggunya dekat kelas. Naik lenguh MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) ronda sekolah semata-mata nak banteras gejala dating ni.
Pernah saya tanya para sahabat tentang hal ini. Mungkin mereka mampu merungkai kemusykilan ini.
"Pelikkan bila nak exam putus couple. Nanti lepas SPM nanti tengoklah ramai mana yang sambung couple balik."
" Diorang bagi alasan putus couple sebelom exam sebab takut belajar tak berkat. Susah nak faham ilmu. Tapi bila dah habis exam, dah merdeka diorang fikir diorang bebas nak nuat apapun. Sedangkan kalau ikut logik akal, lepas exam pon kena jadi baik juga. Buat ke Allah jadikan pemeriksa mark kertas kita cincai2 je, tak ke haru biru jadinya sebab Allah murka dengan kita."
"Jadi sebelum exam kena baik. Lepas exam pon kena baik. Lepas dapat result terus 'bertanduk'. Hehehe.."
Saya cuma ingin menegur apa yang salah. Bercinta tak salah asal pandai jaga halal dan haram dalam perhubungan.sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair) . Jadi in a relationship with dekat facebook tu bagaimana? Fikirkanlah.
Saya menegur tak bererti saya ialah orang yang sempurna tanpa apa-apa kesalahan. Saya sama seperti manusia yang lain. Tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Cuma ingin sekali menghidupkan persekitaran saling nasihat dan menasihati sesama orang Islam. Jadi saya mohon maaf di atas kesilapan saya.
Tolaklah cinta kepada dunia kerana cinta kepada akhirat itu lebih indah. Tinggalkan cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata kerana cinta yang diredhai Allah lebih manis. Tinggalkan cinta yang menglalaikan dan kembalilah kearah cinta yang sebenar iatu cinta Sang Pencipta.
Wassalam.. Thanks for reading. =)



3 DOAKAN SAYA JADI DOKTOR:
Ada ke org camni, :/ nak dekat exam baru nak insaf, klau org yg hnya rajin bribadah time bulan ramadan disebut hamba ramadan, diorng yg nak exam bru nak insaf plak hamba exam.. Nauzubillah.
manusia atas dunia macam2 ragam. ada yang sanggu jadi hamba duit, ada yang sanggup jadi hamba nafsu. Kita selaku hambaNya hendaklah saling tegur menegur. Insha Allah. Semoga kita semua sentiasa dalam keredhaanNya
Post a Comment