Tuesday, January 17, 2012

I.L.M.U.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. 




Lama sunyi sepi. Minda seakan-akan beku dengan idea. Alhamdulillah kerana hari ini saya dikurniakan ilham kembali. Jom borak2 pasal ilmu.


Orang yang menuntut ilmu kerana cintakan ilmu berbeza dengan orang yang menuntut ilmu kerana ingin lulus peperiksaan. 


Tanpa saya sedar, kerap kali saya belajar semata-mata kerana nak lulus peperiksaan. Nak result tinggi supaya scolarship tak ditarik balik. Sistem pendidikan sekarang yang memang terlalu mementingkan peperiksaan dan keputusan yang tinggi. Hingga terlupa berniat di dalam hati untuk menjadikan jalan menuntut ilmu ini sebagai jalan jihad. Kerana Allah SWT.


Banyak mana dah roh kita kelaparan? Setiap amalan yang tak bertentangan dengan syarak yang diniatkan kerana Allah SWT akan menjadi makanan roh kita. Tengok!! Betapa laparnya roh saya selama ni. Kalau setiap perbuatan kita kerana Allah, pasti kenyang roh kita. Yang kita tahu makan nasi je untuk penuhkan perut kita. Tak berhenti-henti makan sampai tak larat nak berjalan. * terasa * Lupanya diri kita pada roh yang lapar. 


“Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api maka setelah banyak tidak mampu memikulnya padahal ia masih mahu menambahnya.” Nasihat Luqman kepada anaknya. 


Jadi tuntutlah ilmu kerana Allah SWT dan amalkannya. Ilmu kita yang ada hanyalah sekelumit jika ingin dibandingkan dengan ilmu Allah. Bukan bermakna menjadi “encik skema yang menghadap buku 24 jam.” Cuma cintailah ilmu itu, bukan mengejar ilmu kerana ingin lulus exam semata-mata. Dalam sibuk mengejar ilmu duniawi jangan lupa mengejar ilmu ukhrawi.


“Cuba awak kira. Dalam seminggu hanya 2 jam sahaja kelas agama. Yang selebihnya menuntut ilmu dunia. Apa usaha kita untuk seimbangkan dunia dan akhirat??”, Dr Hidayah, HO Pusat Perubatan Universiti Malaya. 


Salah silap mohon maaf dan mohon teguran. Wassalam.

0 DOAKAN SAYA JADI DOKTOR: