Thursday, January 26, 2012

Kedai Buku

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


    Sangat gembira hari ni sebab dapat jalan2 dengan keluarga. Alhamdulillah kerana Allah kurniakan rasa gembira ini. Destinasi yang dituju taklah jauh sangat. Just Kota Bharu je yang ambil masa lebih kurang sejam perjalananan. Tujuan utama adalah untuk berjoli sakan dengan baucer buku yang diberi oleh kerajaan. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang membayar cukai. =)

 
     Saya janji dengan mama yang saya akan bagi mama guna separuh baucer saya untuk beli buku adik2 memandangkan saya dah tak tahu nak beli buku apa. Yang terbayang dalam kepala saya just nak beli kamus Bahasa Rusia, kamus rusia dan kamus rusia. Macam banyak benar kamus rusia yang saya nak beli. Hehehe.. So, saya cakap dengan mama yang baki RM100 tu saya nak simpan untuk beli kamus bahasa rusia.


      Kemudian habis kedai buku saya tayang muka saya ni semata-mata nak cari buku rujukan untuk adik kesayangan tu. Tapi nampaknya buku rujukan masih belum banyak memandangkan silibus baru. Untung juga Amin sebab dapat belajar subjek Biologi, Kimia dan Fizik dalam bahasa melayu. Tapi istilah2 yang digunakan dalam silibus baru tu susah juga la nak faham. Dah biasa agaknya dengan istilah bahasa inggeris. *Blajar je dlm bahasa inggeris, speakingnya hancusss jugak*


      Then masa kat kedai buku saya terlintas nak cari buku fikah perubatan memandangkan nanti saya kena present tajuk tu untuk Islamic Study dan buku tu rasanya amat berguna untuk saya pada masa depan nanti. Kemudian habis rak buku saya selerakkan semata-mata nak cari buku tu dan tiba2 saya terlihat seseorang dengan buku tu. Tanpa rasa malu, selamba badak je la saya tegur. Dahla lupa nak bagi salam. Aduhai!!! Teruk3!!!


"Excuse me. Jumpa kat mana ye buku tu? Tengah cari buku tu juga."

"Urmmm.. Jumpa kat rak ni la tadi. Tapi rasanya ada satu ni je kot."

"Kalau camtu, x pe la."


     Tapi seriously orang tu macam serba salah sangat. Dia pon tolong carikan sama tapi memang hampa. Tak ada. Dalam fikiran saya, mesti dia ni doktor atau bakal doktor. Muka ada gaya macam doktor. Hehehe.. Ada pulak macam tu kan?? Kalau ditenung-tenung muka saya ni ada gaya doktor ke??


     Kemudian, keluar kedai buku tu dengan segunung kehampaan. Tak ada buku yang boleh dibeli termasuklah buku Amin. Ayah macam biasa kalau pergi je Kota Bahru memang pantang kalau tak singgah Tesco. Dan setiap kali pergi Tesco saya akan 'dating' dengan Amin sebab kami sama2 kurang suka bab2 shopping ni. Then, saya belanja Amin minum air Cool Blog dan Amin belanja saya makan mi hot plate dan donut Big Apple.


     Saya bising2 dekat Amin nak masuk kedai buku dalam Tesco tu. Alhamdulillah. Saya jumpa buku tu. GEMBIRA!!! =) Cepat2 saya call mama.


"Mama, kak dah jumpa buku tu. Nak beli guna duit kakak ke beli guna baucer? Kalau guna baucer banyak lebih."


     Mama suruh tunggu dia turun. Di situ juga jumpa buku rujukan Amin dan buku itu. GEMBIRA!! =) Maka habislah baucer RM50 sekeping saya. Masih ada baki RM150 lagi. Mama suruh saya gunakan semuanya di KL nanti. Pesan mama cuma satu, beli buku tu beli buku yang datangkan banyak manfaat. Insha Allah mama.


Buku2 yang saya borong dengan mama:



1. Fikah perubatan
2. Bagaimana merangsang seronok belajar *buku motivasi yang ma pilih khas untuk anak2nya.*
3. Rujukan Kimia
4. Rujukan Biologi
5. Rujukan Matematik Tambahan.


Saya admit, entry saya kali memang banyak merapu. X pe. Ini diari saya. Dah lama tak tulis santai macam ni. Semua blog budak Russa habis saya terjah malam ni dan tinggalkan komen. *Menggedik la tu.* Maaf kalau komen saya mengundang rasa marah. Saya cuma rasa terpanggil nak komen. Hehehe. K la. Nites. Semoga tidur semua ditemani para malaikat hingga ke pagi. Maaf andai silap bicara. Wassalam.



Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
-Al-Kahfi:109-


p/s: saya jumpa di blog seorang hamba Allah ini mengatakan sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi ayat 107-110 sebelum tidur, InsyALLAH bila dia terbangun, masa tu lah waktu Mustajab untuk berdoa.

0 DOAKAN SAYA JADI DOKTOR: